Friday, October 7, 2011

Hospital Koto Baru

Musim cuti yang lalu Izani bercuti ke Kota Bharu.

Macam pelancong lain laa, beliau mencuba makanan dan kueh tradisional kelantan. Dia membebel ”semuanya manis bebenor” tapi di sebabkan keenakannya dia balun jugak...

Setelah beberapa hari membalun kuih muih, dia rasa paras gula dlm darah dia meningkat... dia memang ada diabetis pon.. lalu dia pergi ke Hospital berdekatan utk pemeriksaan...

Setelah pemeriksaan doktor sahkan paras gula dia meningkat.....

Doktor: Awak ada kencing manis ?

Izani: Ya, memang ada

Doktor: Nah bawak kertas ni dan pegi ambik ubat di kaunter...

Semasa tunggu giliran ambik ubat, tiba-tiba dia terdengar orang menjerit

” Tepi-tepi Kecin mase , kecin mase” dia nampak misi menolak pesakit dia atas katil...

Dalam hati dia berkata, ”Rupenye di sini byk pesakit Kecing Masam, patut pon kuih dia manis bebenor.."


Farmasi: En Izani, ini ubatnya

Izani : Encik saya nak tanya...penyakit Kecing Masam ni lebih bahaya dari kencing manis ya?

Farmasi: Mana ada penyakit kencing masam encik...

Izani : tu, yg kena tolak atas kati tadi tu, misi dok kate ” kecin mase kecin mase ” tu

Farmasi: Oooo tu bukan Kencing Masan En Izani....itu dia kata ”KECEMASAN, KECEMASAN....”

Izani :Oooooo

No comments:

PERJUMPAAN TAHUNAN

Nat nat tahun kito jupa di Stadium keda hok ngadak Perdana, hari rayo ketigo. 

Kalu nak detail call Bidan (Tok Gawa kito).